Friday 28 October 2011

~ suke bila balik kampung ! ~

assalamualaikum....

haluuu3...korang still ad lg eh kt sini? hehe..ingatkan da lupa..lame kot aku xupdate..
bz sekali dgn bb nie lembab cam siput sedut..sory laa yer..hehe..

ok..sekarang aku kat kampung..aku cuti seminggu..ary sabtu nak balik nilai da..ary khamis balik semula terengganu nie..bape kali balik daaa...haha..

nak makan kopok lekor x? hehe..ary nie aku makan kopok lekor..mak aku buat sendiri...best wooo..xsame dengan kedai punye..hehe..nak ase? mai uma laa..hehehe..


tadaaa..terliur x? hahaha..amik laa lau boleh amik..hehehe..


sebab tu aku suke bila balik kampung ! haha..kau ada? memang laa xde kan..hahaha..aku xsuke ayat tu..tapi aku gune jugak..saje je nak bagi korang menyampah sikit..haha..*gurau2 jer..

ok laa da lewat nie..mate pon da mengatuk..hehe..bubye sekalian alam..




sorry xnak blueberry,nak strowberry..



~ dari aty budaqtembam ~



Saturday 15 October 2011

~ Anak ~

assalamualaikum...

halluuuuu...
hari tu da cakap pasal kahwin kan..hehe..hari nak cakap pasal anak pulak boley?
mesti laa boley kan...lets check it out !!

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.



haaa..korang pulak anak keberapa? mrs domo anak sulung !! hehehe



sorry xnak blueberry..nak strowberry...



~  dari aty budaqtembam ~


Wednesday 12 October 2011

~ wordless wednesday ~

assalamualaikum...


bukan nye buku study..tp buku " word search " haha...
time lec xmasuk kan..bosan2..xde keje...




sorry xnak blueberry,nak strowberry...




~ dari aty budaqtembam ~


Monday 10 October 2011

~ Tahniah kamo ~

assalamualaikum...

entry ary nie pon ringkas jer !
aku nak ucap tahniah kat BFF aku..
dye da dapat keje , setelah beberapa bulan duk membesarkan diri kat umah..
hahaha...


sory ciplak pic kamo..hehe...

org nak wish gudluck kat kamo..
nanti da keje, keje leklok tau..
xmo nakal2...
lau ada pakwe encem ngorat bgthu org dulu...
lau org berkenan baru ley kamo nk go on..haha..bley x cm tu? hehe
nanti da dpt gaji wajib tau belanje org ! hehehe
org hutang kamo secret recipe xlepas2 lg kan..nie org jer duk mintak dgn kamo...
hehehe..kamo xkisah pon kan? sebab tu org sayang kamo..hehe..
terharu x? hahaha..ngek betol kan soalan..haha..
ok laa..pape pon jage diri jer...pape info ok dear...
GOOD LUCK again dear...;)



sorry xnak blueberry,nak strowberry...

~ dari aty budaqtembam ~

Sunday 9 October 2011

~ speechless day ~

assalamualaikum...

saya sayang awak sangat2!!!!


you will be the last for me...
thanks for everything dear...;)



sorry xnak blueberry nak strowberry...



~ dari aty budaqtembam ~

Friday 7 October 2011

~ Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita ~

assalamualaikum...

malam2 nie nak kongsi sikit ape yang aku ada bace petang tadi...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


ok..dapat info? mesti dapat kan..hargai lelaki & wanita...:)



sorry xnak blueberry nak strowberry..


~ dari aty budaqtembam ~


~ 7C Sebab Suami Benci Isteri ~

assalamualaikum...

entry ary nie sal rumah tangga lagi...xtahu nape macam best jer kan bila bace bab kahwin nie..heheh...gatai jugak aku nie kan..sket2 jer..hehe..semua tu kan ilmu..kite kene tahu jugak kan? ok jangan buang masa..bace kt bawah nie tau...:)

 CABAR 

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
 CABUL 


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

CELUPAR


Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
COMOT 


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


CEREWET 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

 CINCAI 


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah..... 



                                                      credit to DR Fadilah Kamsah...



                                                  sorry xnak blueberry nak strowberry...


~ dari aty budaqtembam ~

Thursday 6 October 2011

~ tips perkahwinan ~

assalamualaikum...

haaa..sape nak kahwin?
aku nak bagi tips kahwin nie..
aku nak kahwin da..5 tahun akan datang...insyaallah...amin..:)

ok..back to the topic..lets check it out...

1) KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri tetapi carilah ibu kepada anak2 kita..Janganlah mencari suami tetapu carilah ayah kepada anak2 kita..

2) KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi anda sedang meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3) KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan bernikah di hadapan penghulu tetapi menikah di hadapan Allah...

4) KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang  untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia - nyiakan doa mereka.

5) KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah..anda adalah sepasang anak manusia dan buka sepasang malaikat.

6) SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan di lalui tidak melalui jalan bertabur bunga tapi juga semak belukar yag penuh onak dan duri..

7) KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8) KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100 %

9) KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak2 anda masing2 100%

10) KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11) KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12) KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja - manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri  memerlukan pertolongan anda.

13) KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,tetapi selalu berhasil menyiapkan semua perkerjaan.


(copy from mukabuku)
that's it...^_^


sorry xnak blueberry nak strowberry...


~ dari aty budaqtembam ~


~ full of october ~

assalamualaikum...

halluuu kawan2..
ary nie aku nk cter sket jer..xnak banyak2..
bz sangat bulan nie..kenapa?
jadual pack sangat2..dah macam PM dah..hehehe

normal kan as a student nie..tapi memang tension habis laa..
dari awal sem relax jer...tapi bila da nak habis sem nie..mula laa ada assignment,
soft skill,test sume tu kan..

3hb ary tu baru lepas test agama..alhamdulillah boleh jawab jugak..:)
10hb nie kene present assignment management pasal research yang kitorang buat..
11hb ada test management..100 question tu...alahai..xtahu nak cakap ape laa kan..mampu tersenyum jer..
19 hb nie kene buat pameran sejarah pulak..macam soft skill laa..
lec bag masa 2minggu untuk persiapan semua..group kami dapat tajuk tok gajah,tok janggut,mat kilau...
20hb tu pulak ada Fun Run...wajib masuk pulak tu..dah laa aku nie malas nak berlari bagai kan..last berlari masa merentas desa kot...hahahah..
24-27 hb final final untuk MPW subjek iaitu pengajian malaysia & pengajian islam..
28hb sepatotnya ada OSCE ( praktikal exam )
tapi atas sebab tertentu ditangguhkan pada 10 & 11 hb november nanti..

ha amacam? nak ajak aku dating? xsempat kot..hahaha...tension sangat..tapi nak wat macam mane kan..
hanya mampu tersenyum..
tapi ada dengar2 jugak test yang akan datang pada bulan 10 nie jugak..tarikh nya xtahu lagi..:)

kalau ada study jelaa kan..hehe...

ok itu aje kot yang hanya mampu taip setakat nie...

tata titi tutu kawan2...



sorry xnak blueberry..nak strowberry...



~ dari aty budaqtembam ~

Saturday 1 October 2011

~ should know ~

assalamualaikum..

WHAT MEN SHOULD KNOW 

A woman who truly loves you will be angry at you for so many things but will stick around..

WHAT WOMAN SHOULD KNOW

A man who truly loves you will never let you go, no matter how hard the situation is..


sorry xnak blueberry nak strowberry..

~ dari aty budaq tembam ~

~ hati kawan ~

assalamualaikum...

Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan..
Kerana dia juga seorang manusia..
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa,
tapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak ceita sedih
yang ingin di luahkan..
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan
seribu kekalutan..
Kita tidak tahu...tetapi
jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu..


sorry xnak blueberry nak strowberry..

~ dari aty budaqtembam ~



Copyright © 2012 Reserved to Cik Bambam
Design by Kay SBK